Diploma Sains Komputer

  • Pengenalan
  • Syarat kelayakan
  • Tentang program
  • Subjek
  • Kerjaya

Pengenalan

Program ini akan melahirkan graduan yang boleh bekerja di pelbagai pelbagai industri dan bidang terutama yang berkaitan dengan IT. Graduan juga boleh melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah yang berkaitan di universiti tempatan dan luar negara.

Objektif Program Diploma Sains Komputer

  • Untuk menghasilkan graduan professional yang boleh mengintegrasikan ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang Keselamatan dan Jaminan Maklumat dalam menghasilkan produk perkhidmatan dan penyelidikan berkualiti untuk industri ICT di mana sahaja, samada dalam mahupun luar negara.
  • Untuk melahirkan graduan yang kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah serta boleh bekerja secara berpasukan dalam menyumbang idea dan pengetahuan lebih mendalam di bidang Keselamatan dan Jaminan Maklumat melalui kebolehan berkomunikasi yang berkesan.
  • Untuk melahirkan graduan yang cintakan ilmu pengetahuan dan berkebolehan dalam menggunakan kemajuan ICT untuk menjana dan meneroka peluang-peluang industri masa kini.
  • Untuk melahirkan graduan yang beretika, berakhlak dan professional dalam menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan ICT yang terbaik kepada masyarakat umum.

Syarat Kelayakan

  • Lulus SPM/SPMV dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam 3 mata pelajaran termasuk Matematik

Maklumat Program

KOD PROGRAM  JPT/BPP(K)1000-600/Q1340 Jld 2(7)

STATUS PROGRAM  Perakuan sementara

PERINGKAT PENGAJIAN  Diploma

KEMASUKAN   13 April 2019 (Kemasukan pertama)6 Julai 2019 (Kemasukan kedua)

TEMPOH PENGAJIAN  2 tahun 6 bulan (5 semester panjang + 2 semester pendek)

Struktur Yuran

  • Yuran pendaftaran (Semester 1 sahaja) = RM 550
  • Yuran pendaftaran (Selain semester 1) = RM 150
  • Yuran proses penerimaan tawaran = PERCUMA
  • Yuran pengajian = RM 4,000 / semester
  • Yuran asrama = RM 150 / bulan

Senarai Subjek

  • PENGENALAN PENYELESAIAN MASALAH BERKOMPUTER
  • KEUSAHAWANAN
  • PENGENALAN KEPADA APLIKASI KOPUTER
  • ORGANISASI DAN SENIBINA KOMPUTER
  • PENGATURCARAAN
  • SISTEM PANGKALAN DATA
  • PENGELENGGARAAN SISTEM KOMPUTER
  • ANALISIS DAN REKABENTUK SISTEM
  • PENGATURCARAAN WEB
  • INTERAKSI MANUSIA KOMPUTER
  • PEMBANGUNAN APLIKASI MUDAH ALIH

Peluang Pekerjaan

  • Keselamatan Sistem Komputer
  • Penganalisa Sistem
  • Jurutera Perisian
  • Jurutera Sistem Keselamatan
  • Pentadbir Sistem
  • Pentadbir Keselamatan Rangkaian
  • Penganalisa Sistem Keselamatan
  • Perunding Keselamatan
  • Pengurus Projek
  • Pengaturcara
  • Pegawai Teknologi Maklumat
  • Penyelidik
Close Menu