Diploma Pengurusan Perniagaan

  • Pengenalan
  • Syarat kelayakan
  • Tentang program
  • Subjek
  • Kerjaya

Pengenalan

Program ini dibentuk untuk melatih para pelajar yang bercita-cita menjadi seorang profesional dalam industri, yang berkaitan dengan asas-asas pengurusan. Pelajar juga didedahkan dengan situasi sebenar dalam dunia perniagaan sebagai bahan pembelajaran.

Ia juga disesuaikan untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran menguruskan perubahan yang tidak dijangka dalam persekitaran perniagaan hari ini. Selaras dengan aspirasi KTD KL untuk melahirkan pekerja industri profesional, latihan industri diwajibkan kepada pelajar pada semester akhir, untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar berkaitan dengan persekitaran perniagaan yang sebenar.

Program ini juga bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pendidikan perniagaan yang berkesan, melengkapkan mereka dengan kemahiran analisa, konsep dan praktikal yang difikirkan perlu oleh komuniti perniagaan.

Ia juga melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan pemahaman yang penting dalam dimensi aktiviti perniagaan dan memberi pengetahuan kepada mereka untuk mengaplikasikan konsep perniagaan dan teknik analisis untuk berdepan dengan masalah perniagaan, sama ada tempatan atau luar negara.

DPP-MQA
Program ini telah mendapat akreditasi penuh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bertarikh 18 April 2018

Siapa yang perlu menyambung pengajian dalam bidang Diploma Pengurusan Perniagaan?

  • Mereka yang ingin menjadi usahawan industri kecil dan sederhana di masa hadapan
  • Mereka yang ingin menjadi Pengurus / Penolong Pengurus dalam industri

Syarat Kelayakan

  • Lulus SPM/SPMV dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam 3 mata pelajaran

Maklumat Program

KOD PROGRAM  JPT/BPP(K)1000-600/Q1340 (2)

STATUS PROGRAM  Perakuan penuh

PERINGKAT PENGAJIAN  Diploma

KEMASUKAN   13 April 2019 (Kemasukan pertama) 6 Julai 2019 (Kemasukan kedua)

TEMPOH PENGAJIAN  2 tahun 6 bulan (5 semester panjang + 2 semester pendek)

Struktur Yuran

  • Yuran pendaftaran (Semester 1 sahaja) = RM 550
  • Yuran pendaftaran (Selain semester 1) = RM 150
  • Yuran proses penerimaan tawaran = PERCUMA
  • Yuran pengajian = RM 3,500 / semester
  • Yuran asrama = RM 150 / bulan

Subjek

  • BASIC ENGLISH SKILLS
  • MICROECONOMY
  • INTRODUCTION TO FINANCE
  • MARKETING PRINCIPLE
  • ENTRPRENEURSHIP
  • E-BUSINESS
  • BUSINESS ETHICS
  • INTERNATIONAL BUSINESS
  • INTRODUCTION TO COMPUTER APPLICATION
  • MACROECONOMY
  • ORGANIZATIONAL BEHAVIOUR

Peluang Pekerjaan

  • Eksekutif Pentadbiran
  • Eksekutif Pemasaran
  • Usahawan
  • Penyelia
  • Penyelaras Jualan
  • Penolong Pegawai Tadbir
  • Penolong Pengurus Operasi
  • Penolong Pengurus Sumber Manusia
 
Close Menu