Diploma Pengajian Syariah

  • Pengenalan
  • Syarat kelayakan
  • Tentang program
  • Subjek
  • Kerjaya

Pengenalan

Program ini dibentuk untuk memberikan pendedahan dan pembelajaran secara berstruktur dalam bidang agama. Ia memberi tumpuan kepada memberi kefahaman yang jelas dan benar akan ilmu-ilmu berkaitan syariah bagi tujuan aplikasi dalam kehidupan seterusnya disebarkan dalam masyarakat.

Ini dapat dicapai dengan merujuk kepada sumber-sumber muktabar dalam bidang syariah daripada al-Quran dan hadith serta pandangan ulama’ terdahulu dan kotemporari bagi membentuk personaliti serta manhaj pemikiran yang benar tanpa lari dari landasan awal generasi terdahulu disamping meraikan suasana dan zaman dewasa ini.

Program ini memberi kemahiran asas praktikal dan teori dalam memahami nas-nas syara’ dengan disiplinnya tersendiri. Apabila tamat pengajian, pelajar akan mempunyai kebolehan memahami nas dengan baik mengikut tahapannya dan boleh digunakan untuk membantu pelajar diperingkat atau fasa kehidupan akan datang.

Siapa yang perlu menyambung pengajian dalam bidang Diploma Pengajian Syariah?

  • Mereka yang ingin menyambung dalam bidang perguruan subjek agama
  • Meraka yang ingin menyambung dalam bidang kehakiman syariah / penterjemah / pegawai agama

Syarat Kelayakan

  • Lulus SPM/SPMV dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam satu mata pelajaran Bahasa Arab atau satu mata pelajaran Pengajian islam atau
  • Lulus Sijil (Tahap 3 KKM) yang diiktiraf dalam Pengajian Islam atau setara dengannya atau
  • Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

Maklumat Program

KOD PROGRAM  JPT/BPP(K)1000-600/Q1340 Jld 2(29)

STATUS PROGRAM  Perakuan Penuh

PERINGKAT PENGAJIAN  Diploma

KEMASUKAN   13 April 2019 (Kemasukan pertama) 6 Julai 2019 (Kemasukan kedua)

TEMPOH PENGAJIAN  2 tahun 6 bulan (5 semester panjang + 2 semester pendek)

Struktur Yuran

  • Yuran pendaftaran (Semester 1 sahaja) = RM 550
  • Yuran pendaftaran (Selain semester 1) = RM 150
  • Yuran proses penerimaan tawaran = PERCUMA
  • Yuran pengajian = RM 3,500 / semester
  • Yuran asrama = RM 150 / bulan

Subjek

  • BASIC ENGLISH SKILLS
  • ENTRPRENEURSHIP
  • INTRODUCTION TO COMPUTER APPLICATION
  • PENGAJIAN MALAYSIA
  • FIQH AL-IBADAT
  • AL-AQIDAH AL-ISLAMIYAH
  • AL-LUGAH AL-ARABIYAH
  • HIFZ WA TARTIL AL-QURAN
  • AL-SIRAH AL-NABAWIYAH
  • ULUM AL-QURAN
  • USUL AL-FIQH
  • FIQH AL-MUAMALAT
  • TARIKH AL-TASYRI’ AL-ISLAMI
  • FIQH AL-JINAYAT
  • TAFSIR AYAT AL-AHKAM
  • AL-QAWAID AL-FIQHIYYAH
  • FIQH AL-MIRATH
  • HADITH AHKAM

Peluang Pekerjaan

  • Pegawai Syariah
  • Pegawai Hal Ehwal Islam Negeri
  • Penterjemah
  • Penolong Pegawai Syarie
  • Pegawai Agama dan Dakwah di Majlis Agama Islam Negeri
  • Pembantu Pegawai Pendakwaraya
  • Guru Agama di Sekolah Rendah Swasta
  • Guru J-QAF (Jawi, Al-Quran, Arab & Fardhu Ain)
Close Menu